Pos PGA Padang Besar diserang mercun roket

Mercun roket ditemui di Pos Padang Besar Balation 2 PGA, Perlis. Kesan serangan mercun roket ke arah Pos Padang Besar Balation 2 PGA, Perlis.
Mercun roket ditemui di Pos Padang Besar Balation 2 PGA, Perlis. Kesan serangan mercun roket ke arah Pos Padang Besar Balation 2 PGA, Perlis.
A
A
A

PADANG BESAR - Markas Pos Padang Besar Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini diserang mercun roket dari arah pagar sempadan Malaysia-Thailand semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu berlaku sebanyak empat kali termasuk satu daripadanya meletup hingga memecahkan cermin tingkap.

Menurutnya, kemudian arahan pertahanan pos dikeluarkan untuk langkah berjaga-jaga.

"Tidak lama kemudian kira-kira jam 12.40 tengah hari, Pos Padang Besar sekali lagi dikejutkan dengan dua serangan mercun roket dari arah yang sama namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Setelah keadaan kawasan selamat anggota serta pegawai menjalankan pemeriksaan di kawasan pos dan berjaya mengenal pasti jenis mercun yang digunakan itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati serangan tersebut dipercayai bertujuan sebagai menakutkan anggota PGA yang melaksanakan tugas dan operasi Op Wawasan.

Katanya, serangan itu disyaki dilakukan oleh warga Thailand yang tidak berpuas hati dengan tindakan tegas PGA dalam menangani penyeludupan khususnya daun ketum dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Batalion 2 PGA setakat ini berjaya melaksanakan 14 serbuan dengan kejayaan tangkapan berserta rampasan sejak operasi Op Wawasan pada 15 Oktober lalu di Kedah dan Perlis," katanya.

Artikel Berkaitan: