Adun tawan bukit Mok Cun

Azhar bergambar bersama para peserta di puncak gunung setelah melalui satu jam pendakian ke puncak.
Azhar bergambar bersama para peserta di puncak gunung setelah melalui satu jam pendakian ke puncak.
A
A
A

KODIANG - Pusat Khidmat Adun Ayer Hitam mengadakan aktiviti mendaki Bukit Kodiang atau lebih dikenali Bukit Mok Cun bersama penduduk setempat, kelmarin.

Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim berkata, aktiviti itu dijalankan bagi memenuhi permintaan anak muda dalam Dun berkenaan yang ingin beriadah bersama beliau.

“Alhamdulillah seramai 13 peserta turut serta dalam pendakian yang mengambil masa selama sejam untuk sampai ke puncak.

“Ini suatu aktiviti bermanfaat yang mana bukan sahaja baik untuk fizikal dan mental malah turut merapatkan hubungan antara pemimpin dan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, mereka memulakan pendakian pada jam 8.30 pagi sebelum berjaya menamatkan pendakian pada jam 11.30 pagi.

“Ini adalah aktiviti mendaki kita yang pertama, insya-ALLAH kalau dapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda, mungkin kita boleh teruskan lagi selepas ini,” katanya.

Bukit Mak Cun 2
Bukit Mak Cun 2

Artikel Berkaitan: