Tragedi hitam bukan penghalang tawan Gunung Everest

Muhammad Syahrulnizam (kiri) bersama Keshab Jung Thapa bersama Jalur Gemilang di puncak Gunung Yala setinggi 5520 meter.
Muhammad Syahrulnizam (kiri) bersama Keshab Jung Thapa bersama Jalur Gemilang di puncak Gunung Yala setinggi 5520 meter.
A
A
A

SHAH ALAM - Tragedi hitam yang mengorbankan 12 pendaki dan lima lagi hilang di kawasan puncak Gunung Everest pada tahun ini, bukanlah penghalang untuk pencinta gunung meneruskan aktiviti menawan puncak setinggi 8,848 meter (m) itu.

Pendaki muda negara, Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor, 19, sama sekali tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan menawan puncak tertinggi di dunia walaupun perlu berhadapan dengan risiko berbahaya sewaktu pendakian.

Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Muhammad Syahrulnizam mahu menjadi pendaki termuda negara yang berjaya menakluki puncak berkenaan.

Muhammad Syahrulnizam ketika mendaki ditengah Salji sebelum tiba di Puncak Gunung Yala, Langtang.
Muhammad Syahrulnizam ketika mendaki ditengah Salji sebelum tiba di Puncak Gunung Yala, Langtang.

Kata kenyataan itu lagi, anak muda berkenaan juga mahu menjadi pemangkin dan ikon kepada generasi baharu menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Difahamkan, Muhammad Syahrulnizam telah menjalani latihan ‘technical Ice’ dan ‘rock climbing’ di tengah Banjaran Himalaya sehingga ke puncak Gunung Yala, Langtang dengan ketinggian 5,520m.

Beritahu kenyataan itu lagi, beliau mengikuti program latihan yang dikendalikan oleh sherpa berpengalaman iaitu Goljie Sherpa daripada Index Adventure, selama tiga minggu bermula 4 Jun lalu.

Turun cenuram turut dilakukan turut dilakukan ketika latihan di 'rock climbing'.
Turun cenuram turut dilakukan turut dilakukan ketika latihan di 'rock climbing'.

Program berkenaan turut disertai pendaki solo yang lain iaitu Mohd Noor Mat Amin dan Drupati Pun. Kesemua mereka dijangka pulang ke tanah air pada 2 Julai ini.

Seterusnya, program latihan intensif akan bermula pada Oktober ini, dengan melakukan pendakian teknikal ke Gunung Island Peak setinggi 6,189m, Mera Peak (6,476m), Labuche Peak (6,119m) sebelum menuju ke puncak Everest pada awal Mac.

Beritahu kenyataan itu, tahun lalu Muhammad Syahrulnizam pernah menjejakkan kaki di Everest Base Camp, Annapurna Base Camp, Kyamji Gumba sebagai usaha memperkuatkan fizikal dan mental sebelum mendaki ke para yang lebih tinggi.