APM bantu bawa mangsa banjir lumpuh ke PPS

Sharifah menguruskan Marsyitah di PPS SK Parit Mahang, Jeram susulan banjir melanda kampung itu sejak 23 Oktober lalu.
Sharifah menguruskan Marsyitah di PPS SK Parit Mahang, Jeram susulan banjir melanda kampung itu sejak 23 Oktober lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyelesaikan kebuntuan seorang ibu yang bimbang memikirkan cara untuk menyelamatkan anak perempuannya yang menghidap saraf tunjang ekoran rumah mereka dilanda banjir.

Sharifah Mariam Syed Alwi, 64, berkata, anaknya, Marsyitah Shahrum, 41, hanya terlantar selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak 4 Mei lalu.

"Saya tidaklah memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan harta benda tetapi risau bagaimana hendak membawa Marsyitah yang lumpuh dari pinggang hingga kaki keluar dari rumah yang dinaiki banjir," katanya.

Ibu tunggal yang dipindahkan ke pusat pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang itu turut bersyukur kerana dibantu sepasukan anggota APM yang ketika itu terbabit dalam operasi memindahkan mangsa banjir.

Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Hairul Razid Mohamad Seri, 36 berkata, banjir yang melanda itu disifatkan sebagai luar biasa.

Katanya, banjir menyebabkan penduduk kerugian besar berikutan banyak perkakas rumah seperti sofa, televisyen, peti sejuk dan sebagainya rosak ditenggelami air.

"Saya berharap pihak berwajib segera menyelesaikan perkara ini sebelum lebih banyak kerosakan berlaku," katanya.

Terdahulu, seramai 591 mangsa daripada 164 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Mahang berikutan banjir yang melanda sejak 23 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: