Kes basikal lajak: Masyarakat perlu menilai keputusan mahkamah

Syahredzan mengulas mengenai kes basikal lajak di laman Facebooknya.
Syahredzan mengulas mengenai kes basikal lajak di laman Facebooknya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Masyarakat dinasihati agar meneliti keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang melepas dan membebaskan jurujual daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak dua tahun lalu.

Peguam, Syahredzan Johan dalam hantaran Facebooknya berkata, seseorang itu hanya bersalah sekiranya dia melakukan kesalahan.

"Kalau semasa perbicaraan dia tidak dibuktikan melakukan kesalahan, dia patut dilepaskan daripada tuduhan," katanya.

Menurutnya, bukan semua kemalangan disebabkan oleh kesalahan jenayah.

"Jangan samakan orang yang memandu dalam keadaan mabuk atau memandu lawan arus, dengan orang yang bawa kereta dengan betul," katanya.

Beliau berkata, keputusan mahkamah adalah berdasarkan keterangan dan bukti semasa bicara.

“Siti Hajar (Majistret Siti Hajar Ali) berkata, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

“Bahkan Majistret memutuskan, faktor yang mencipta kecederaan bahaya bukan disebabkan cara pemanduan.

Artikel Berkaitan:

“Bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada 3 pagi.

“Selain keadaan bahaya itu dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri," katanya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Johor Bahru melepaskan dan membebaskan Sam Ke Ting, 24, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal dua tahun lalu.

Dalam keputusannya, Siti Hajar dilapor berkata, wanita itu tidak memotong kenderaan lain, tidak melawan arus dan tidak berlumba.

“Isu tertuduh menggunakan lorong kiri atau kanan tidak menjadi masalah dan dia berhak melalui lorong terbabit selain tidak mencipta situasi bahaya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual langgar 8 remaja berbasikal lajak dibebaskan