Pencuri Hollywood...

Sebahagian daripada barangan yang dicuri oleh Ackerman (gambar kecil).
Sebahagian daripada barangan yang dicuri oleh Ackerman (gambar kecil).
A
A
A

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki ditahan berhubung siri rompakan menyasarkan kediaman selebriti di Hollywood Hills, Los Angeles.

Ratusan barangan yang dicuri bernilai jutaan ringgit turut ditemui ketika penyiasat melakukan pemeriksaan di hartanah yang dikaitkan dengan Benjamin Ackerman, 32.

Ackerman dipercayai menyamar sebagai pembeli yang kononnya meninjau kediaman mangsanya sebelum melakukan rompakan itu yang bermula pada 2017.

Menurut polis, mangsanya termasuk penyanyi terkenal, Usher dan Adam Lambert.

"Setakat ini, seramai 13 mangsa telah dikenal pasti. Barangan bernilai tinggi telah ditemui di kediaman dan unit penyimpanan berasingan milik Ackerman.

"Dia berpura-pura menjadi ejen hartanah atau pembeli rumah untuk mengakses kediaman terbabit selain menyamar sebagai pekerja sebuah firma pelaburan. Dia mengaburi mata mangsa dengan berpakaian kemas dan sangat licik," kata jurucakap polis Los Angeles, Detektif Jared Timmons, semalam.

Gambar barangan yang dicuri itu turut dimuat naik di laman web untuk membantu penyiasat mengenal pasti mangsa lain.

Difahamkan, rompakan itu melibatkan lebih 2,000 barangan termasuk hasil seni, pakaian, beg tangan dan barang kemas. - BBC

Artikel Berkaitan: