Tiga sekeluarga terselamat, kereta tiba-tiba terbakar

Pasukan bomba memadamkan kebakaran kereta dinaiki tiga sekeluarga dalam kejadian di KM 44 Lebuhraya Utara Selatan.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran kereta dinaiki tiga sekeluarga dalam kejadian di KM 44 Lebuhraya Utara Selatan.
A
A
A

RAWANG - Tiga sekeluarga yang dalam perjalanan ke utara panik selepas kereta yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di KM44 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Komander Operasi, Rosli Aziz berkata, panggilan kecemasan kereta terbakar diterima jam 11.33 pagi dan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kereta jenis Mercedes-Benz dipandu lelaki berusia 49 tahun itu terbakar 80 peratus ketika pasukan bomba tiba jam 11.52 pagi.

"Mangsa berjaya memadamkan kebakaran sementara menunggu bantuan bomba tiba namun kereta tersebut terbakar semula.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.21 tengah hari. Pasukan bomba mengambil masa hampir 15 minit untuk memadamkan kebakaran dan melakukan pemeriksaan lanjut.

"Mangsa bersama isteri dan anak tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri," katanya.

Katanya lagi, jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran kereta Mercedes-Benz yang dirakam orang awam sewaktu melalui jalan itu.
Kebakaran kereta Mercedes-Benz yang dirakam orang awam sewaktu melalui jalan itu.