Jumlah mangsa banjir di Jelebu meningkat

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Jumlah mangsa banjir di daerah Jelebu meningkat sedikit kepada 166 orang daripada 49 keluarga berbanding semalam iaitu seramai 162 mangsa daripada 47 keluarga pagi ini.

Kesemua mereka bagaimanapun masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di sini selepas kediaman mereka ditenggelami air ekoran hujan lebat semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Jelebu dalam kenyataan di sini memberitahu, kesemua PPS itu melibatkan Masjid Kampung Poum, Dewan Orang Ramai Kampung Chennah, Balai Raya Kampung Juntai, Balai Raya Simpang Durian dan Masjid Kampung Jerang.

"Pertambahan bilangan khususnya di PPS Masjid Kampung Jerang kerana terdapat mangsa yang dipindahkan namun lewat mendaftar.

"Bagaimanapun keadaan paras air pagi ini menunjukkan penurunan dan pemantauan akan diteruskan," kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kesemua pusat pemindahan itu mula dibuka antara jam 11.30 malam sehingga jam 4.30 pagi ini.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Telekong, Kampung Chennah, Kampung Juntai, Kampung Simpang Durian dan Kampung Jerang. - Bernama

Artikel Berkaitan: