Lengah masa istiadat konvokesyen, petugas konvo dipuji netizen

Hantaran Ujud di Facebook mengenai pasukannya yang membantu seorang graduan yang tiba di saat akhir Majlis Konvokesyen UiTM Ke-91 kini tular.
Hantaran Ujud di Facebook mengenai pasukannya yang membantu seorang graduan yang tiba di saat akhir Majlis Konvokesyen UiTM Ke-91 kini tular.
A
A
A

SEGAMAT - Perkongsian status Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat di Facebook berhubung tindakannya melengah-lengahkan masa bagi menyambut ketibaan penerima Anugerah Naib Canselor yang baru kehilangan bapa saudaranya dipuji warganet.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pihak istiadat konvokesyen kerana berjaya mengendalikan majlis dengan lancar dan mengikut protokol walaupun ramai tidak mengetahui situasi di sebalik belakang tabir.

"Tahniah, selain ikut protokol, kita perlu ada sikap perikemanusiaan dan toleransi. Perkara inilah yang jadikan kita hebat," tulis Ikmal Zainal Jr.

Kata Mohd Azri, "Tahniah tim istiadat konvokesyen UiTM Johor. Peraturan dan protokol diadakan supaya perjalanan majlis lancar, tapi kadang-kala ada perkara yang perlu pertimbangan semula. Tahniah sekali lagi tim konvokesyen UiTM Johor kerana membuat satu keputusan yang murni."

Tidak kurang juga ada warganet berasa sebak di atas perkongsian itu.

"Tak sedar sambil baca bahagian akhir itu air mata mengalir pulak. Tahniah dik, semoga terus berjaya," tulis Maizura Abu Zarin.

Dalam perkongsian tersebut, Ujud dikatakan menunggu kehadiran penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Letrah Shahira Shaharum yang dalam perjalanan dari Selangor ke UiTM Cawangan Segamat, Johor selepas menghadiri majlis pengebumian bapa saudaranya yang dianggap seperti bapa.

Tarikh 23 Oktober adalah hari terakhir Majlis Konvokesyen UiTM itu dan graduan Diploma Perakaunan adalah penerima bagi anugerah tersebut, namun disebabkan kematian penjaganya, graduan terbabit tiba lewat di Dewan Sri Temenggong UiTM.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun kata Ujud, memiliki pasukan terbaik daripada Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen UiTM Ke-91, semua masalah ditangani sebaiknya termasuk melengah-lengahkan masa dengan memperdengarkan lebih banyak lagu supaya majlis berlangsung lebih lama.

Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen UiTM Ke-91.
Jawatankuasa Induk Majlis Konvokesyen UiTM Ke-91.

Menurutnya, dalam kekalutan itu, ALLAH permudahkan urusan itu menjadi lebih sempurna.

"Tiga lagu dah habis, bahagian kedua sidang enam akan bermula. Jawatankuasa memperlahankan sedikit istiadat dan menyusun semula graduan bagi kumpulan terakhir, secara tiba-tiba saya terpandang kereta Myvi berwarna ungu tiba di Dewan Sri Temenggong.

"Dalam keadaan tergesa-gesa, kami lakukan sebaik mungkin dan meletakkan nama graduan Nur Letrah sebagai nama terakhir penerima anugerah itu," katanya mengucapkan rasa syukur.