Dera amah sampai buta, reman suami isteri dilanjutkan

Wanita berusia 36 tahun ini ditahan bersama suaminya disyaki mendera amah hingga buta. Kanan: Lelaki berusia 35 tahun tiba di Mahkamah Ipoh bagi mendapatkan lanjutan reman.
Wanita berusia 36 tahun ini ditahan bersama suaminya disyaki mendera amah hingga buta. Kanan: Lelaki berusia 35 tahun tiba di Mahkamah Ipoh bagi mendapatkan lanjutan reman.
A
A
A

IPOH - Tempoh tahanan reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dera pembantu rumah warga Indonesia dilanjutkan dua hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Puteri Nordina Kamalaudin bermula esok selepas tempoh awal reman tamat hari ini.

Lanjutan reman itu dibenarkan bagi membolehkan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menjalankan siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek berusia 35 dan 36 tahun.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Pasangan terbabit diwakili peguam K Nahtan.

Ahad lalu, polis berjaya menyelamatkan mangsa berusia 29 tahun yang disyaki menjadi mangsa dera sehingga buta sejak lapan tahu lalu dalam serbuan sebuah rumah Taman Kledang Emas di sini.

ARTIKEL BERKAITAN Pembantu rumah Indonesia didera hingga buta

Artikel Berkaitan: