Dua beranak ditahan bersama 87kg daun ketum

87kg daun ketum dirampas daripada dua beranak dalam pemeriksaan sebuah kereta di Labu Kubong semalam.
87kg daun ketum dirampas daripada dua beranak dalam pemeriksaan sebuah kereta di Labu Kubong semalam.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang peniaga dan anaknya berusia 14 tahun ditahan dalam satu serbuan polis di Labu Kubong di sini semalam.

Dua beranak bersama seorang lelaki berusia 40-an selepas pemeriksaan pada kereta yang dinaiki mereka menemui 87 kilogram daun ketum serta 4.5 liter disyaki air ketum.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, hasil pemeriksaan menemui tiga botol plastik berisi cecair berkenaan di bawah kerusi penumpang hadapan sebuah kereta jenis Honda Accord.

"Pemeriksaan di bahagian but kenderaan itu pula menemui 65 bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 87 kilogram.

"Bagaimanapun peniaga dan anaknya negatif dadah manakala lelaki yang juga penganggur positif dadah jenis morfin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut terhadap kesemua suspek sedang dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: