Peruntukan RM5.2 bilion bukti kerajaan komited bangunkan Sabah

Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Almain Ajirul (tengah) pada perasmian majlis taklimat khas Belanjawan 2020 dan isu semasa peringkat negeri, di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching, hari ini. - Foto Bernama
Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Almain Ajirul (tengah) pada perasmian majlis taklimat khas Belanjawan 2020 dan isu semasa peringkat negeri, di Auditorium P. Ramlee, RTM Kuching, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Peruntukan sebanyak RM5.2 bilion untuk Sabah menerusi Belanjawan 2020 membuktikan kerajaan Persekutuan komited dalam agenda pembangunan negeri itu bagi merangsang landskap sosio ekonomi ke tahap lebih tinggi.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Kanan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Mohammad Diah Wahari berkata, selain itu kerajaan Persekutuan juga berhasrat untuk meningkatkan geran kewangan kepada Sabah seperti diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Menurutnya, kadar pemberian khas tahunan di bawah geran itu sebanyak RM26.7 juta belum pernah disemak semula sejak 1969.

Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2020, kerajaan Persekutuan menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta buat pertama kalinya seakan bonus kepada Sabah.

“Saya yakin menerusi perkongsian ‘kek ekonomi’ inilah ia dapat menjadi pemangkin dalam menjayakan aspirasi pembangunan di negeri ini secara holistik khususnya pembangunan luar bandar, “ katanya ketika merasmikan Taklimat Khas Belanjawan 2020 dan Isu Semasa anjuran KKMM di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik KKMM, Datuk Almain Ajirul.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategi Badan Berkanun, Kementerian Kewangan, Mohammad Reezal Ahmad dan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelaras Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Sapian Mamat.

Sabah menjadi lokasi kesebelas dan terakhir taklimat ini, untuk mengukuhkan kefahaman komunikator utama kementerian itu terhadap Belanjawan 2020 dan isu semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: