Beku harta suami ingkar arahan mahkamah syariah: Mujahid

Mujahid
Mujahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam rundingan bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah syariah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) yang berada dalam bidang kuasa MOF.

Menurutnya, perbincangan turut dilakukan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membela nasib isteri dan anak yang terlibat dalam kes penceraian.

“Pihak JKSM melalui dasar Rahmatan Lil Alamin menubuhkan satu mahkamah khas dinamakan sebagai Mahkamah Bahagian Nafkah dan Hadhanah dengan membuat satu peruntukkan penguatkuasaan.

“Mana-mana suami yang gagal memenuhi keputusan mahkamah syariah, boleh diambil tindakan seperti membekukan hartanya atau pun boleh diambil daripada bank akaun atau KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk dibayar seperti mana diputuskan.

“Akta ini bukan di bawah kami tetapi di bawah BNM. Keputusan mahkamah syariah tidak terikat dengan akta tersebut. Ini masalah kita dan begitu juga dengan KWSP,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad Mohamed (Pas-Kuala Terengganu) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri mengenai langkah kerajaan dalam memperkasakan mahkamah syariah.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, beliau bersedia memperjelaskan dasar Rahmatan Lil Alamin kepada ahli Parlimen pembangkang kerana ia bukan dasar politik atau kepentingan diri.

Artikel Berkaitan: