Jumlah mangsa banjir di Johor menurun

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 435 mangsa dari 100 keluarga di dua daerah masih terjejas ekoran banjir di negeri ini setakat jam 8.00 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir sedikit menurun berbanding 641 orang dari 141 keluarga di tiga daerah yang direkodkan jam pukul 8.00 malam tadi.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon, kesemua mangsa di daerah Pontian dan Batu Pahat itu kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir dan ribut yang melanda kawasan mereka.

"Tujuh PPS itu ialah Madrasah Parit Basilam, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bukit Panjang; Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai; SK Kampung Parit Hj Adnan dan SK Sri Bunian di Pontian manakala di Batu Pahat pula terdapat dua PPS iaitu SK Sungai Kajang yang dibuka akibat ribut dan Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, penurunan jumlah mangsa berbanding semalam juga ekoran sebuah PPS iaitu SK Kampung Pulai, Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri telah ditutup pada jam 11.59 malam tadi yang sebelum itu menempatkan seramai 242 orang dari 50 keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan: