Banjir Sarawak: Sebuah sekolah rendah ditutup

No Image Caption
A
A
A

LIMBANG - Seramai 142 murid Sekolah Kebangsaan (SK) RC Kubong tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran hari ini setelah kawasan persekolahan dinaiki air akibat hujan lebat pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, penutupan sekolah dibuat berikutan kawasan sekolah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

“Sekolah tersebut mempunyai seramai 142 murid, 11 guru dan tiga kakitangan pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata, sekolah tersebut tidak dijadikan pusat pemindahan sementara.

Artikel Berkaitan: