Buat laporan palsu untuk pinjam duit ibu

A
A
A

SEREMBAN - Akibat terdesak untuk meminjam duit ibu sebanyak RM4,000, seorang lelaki sanggup membuat laporan polis palsu untuk membuktikan kepada ibunya dia disamun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pada Isnin lalu jam lebih kurang 4.50 petang, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 32 tahun memaklumkan dirinya disamun dan dicederakan dengan sebatang besi.

"Lelaki itu memberitahu dia disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika berada di belakang bangunan di Rahang dan dokumen penting serta wang tunai sebanyak RM4,000 miliknya dilarikan penjenayah itu.

"Bagaimanapun, berdasarkan siasatan yang dijalankan, lelaki berkenaan dipercayai sengaja membuat laporan palsu menyatakan telah disamun sebagai alasan untuk meminjam duit ibunya sebanyak RM4,000 bagi membayar duit majikannya yang telah dihabiskan untuk bermain judi pada minggu lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu kerana ia adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Artikel Berkaitan: