Suspek bunuh warga emas di PKNS Ampang dituduh esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki terlibat kes bunuh wanita warga emas di pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Jalan Tasik Tambahan 2, Ampang, di sini pada 19 September lepas akan dituduh di Mahkamah Ampang esok.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 302, Seksyen 376 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, rogol dan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan.

“Membunuh dengan niat boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati manakala rogol dan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebat,” katanya.

Pada 19 September lepas, mayat seorang wanita warga emas berusia 85 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan diikat di kediamannya di pangsapuri berkenaan.

Sehubungan itu, pada 9 Oktober lepas, sepasukan polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di Sri Tanjung Apartmen, Puchong Jaya, Selangor, kerana disyaki terlibat dalam kes itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: