Untuk informasi lebih menarik, jangan lupa ikuti Telegram dan TikTok kami
KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam Global Competitiveness Report (GCR) 2019 jatuh dua anak tangga apabila berada di ranking ke-27 ekonomi paling berdaya saing dalam kalangan 141 ekonomi dunia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata, kedudukan Malaysia dalam laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu perlu dilihat bagi tempoh jangka panjang.
Menurutnya, di rantau ASEAN, Malaysia mendahului Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.
"Saya mengakui kedudukan negara jatuh dua tangga. Kerajaan baharu (Pakatan Harapan) masih memerlukan masa untuk mempertingkatkan prestasi ekonomi negara.
"Ada juga kemungkinan bancian yang digunakan dalam indikator ini belum lagi mendapatkan maklumat yang terkini mengenai program kerajaan seperti mengurangkan korupsi dan sebagainya.