Kejutan basikal buat anak terharu

Detik menyentuh hati ketika Mikael menerima hadiah basikal idaman daripada bapanya.
Detik menyentuh hati ketika Mikael menerima hadiah basikal idaman daripada bapanya.
A
A
A

SHAH ALAM – Niat seorang bapa dari Seremban untuk memberi kejutan kepada anaknya dengan menghadiahkan sebuah basikal bertukar menjadi detik menyentuh hati apabila reaksi spontan kanak-kanak itu tular di media sosial.

Ibunya, Nur Azizah Nasrun, 38, berkata, basikal tersebut sebenarnya dibeli tanpa pengetahuan anaknya dan kejutan dibuat selepas kanak-kanak itu pulang dari surau.

Menurutnya, sebelum kejadian, Muhammad Khalel Mikael Muhammad Khidhir, 10, dimaklumkan bahawa basikal yang dijanjikan sebelum ini dibatalkan sebagai denda kerana membuat perangai.

“Selepas itu, Mikael bersedih. Saya beritahu supaya tidak lagi memikirkan tentang basikal itu kerana bapanya telah membatalkan hadiah tersebut disebabkan perangainya.

“Saya juga minta dia jangan bertanya lagi mengenai basikal itu, sedangkan sebenarnya bapanya telah menempah basikal berkenaan melalui platform dalam talian. Empat atau lima hari kemudian, basikal itu sampai,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh suri rumah terbabit menerusi akaun TikTok azizahnasrun mendapat perhatian warganet apabila meraih 712,500 tontonan serta 35,500 tanda suka.

Mikael menunggang basikal yang dihadiahkan bapanya ke surau.
Mikael menunggang basikal yang dihadiahkan bapanya ke surau.

Rakaman tersebut memaparkan kanak-kanak itu pada awalnya kelihatan cemas dan takut apabila mendengar ibu memanggil bapa, Muhammad Khidhir Amir, 36, sebelum menyedari basikal berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya.

Artikel Berkaitan:

Detik berkenaan menjadi lebih menyentuh hati apabila kanak-kanak lelaki itu memeluk bapanya selepas mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut.

Nur Azizah menjelaskan, anak sulung daripada lima beradik itu kelihatan cemas dan takut kerana telah diberikan peringatan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kami sebenarnya hanya menyakat Mikael sahaja. Selama ini, Mikael memang banyak mengalah demi adik-adiknya. Kadang-kadang kasihan melihat dia terpaksa meminjam basikal orang lain dan hanya dapat bermain sekejap,” ujarnya.

Menurutnya, kini anak lelakinya itu gembira apabila berpeluang memiliki basikal sendiri dan tidak lagi perlu meminjam daripada orang lain untuk bermain atau ke surau.

“Memang jelas Mikael sangat menghargai hadiah basikal itu kerana sudah lama dia menginginkannya sejak usia dua tahun, tetapi selepas itu saya mengandung dan kemudian mengandung lagi, menyebabkan banyak perbelanjaan tertumpu kepada adik-adiknya dan hasrat itu terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Namun wanita itu berkata, suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang mempunyai rezeki lebih pada kali ini, sekali gus dapat menunaikan permintaan anaknya itu.

Dalam pada itu, Nur Azizah menjelaskan, video berkenaan pada asalnya dimuat naik sekadar suka-suka sebelum menerima pelbagai reaksi emosi daripada warganet.

Ringkasan AI

  • Seorang bapa dari Seremban memberi kejutan kepada anaknya dengan basikal yang dibeli secara dalam talian tanpa pengetahuan anak tersebut
  • Basikal itu sebelumnya dijanjikan tetapi dibatalkan sebagai denda karena perilaku anak, membuatkan anak tersebut bersedih
  • Reaksi spontan anak lelaki itu menjadi tular di media sosial dengan video tersebut meraih 712,500 tontonan dan 35,500 tanda suka
  • Kanak-kanak itu memeluk bapanya dengan penuh kasih sayang setelah menerima hadiah tersebut, menunjukkan betapa berharganya hadiah itu bagi dirinya
  • Kejutan tersebut mencerminkan kasih sayang dalam keluarga tersebut, di mana sang anak selama ini banyak mengalah demi adik-adiknya dan sebelumnya hanya dapat meminjam basikal orang lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!