Warga emas maut kereta bertembung

Salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.
Salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM4.0, Jalan Perani - Lok Heng di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.58 pagi.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku pada jam 6.10 pagi apabila kereta dipandu mangsa berusia 78 tahun dari arah Felda Waha menuju Kota Tinggi telah bertembung dengan sebuah kereta lain.

"Kereta dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun bersama penumpang lelaki berusia 21 tahun.

"Dua mangsa dalam kereta Proton Saga ini dilaporkan parah dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahsmon berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mencari punca sebenar kejadian.

Artikel Berkaitan: