Mandzukic tak mampu bantu United: Ince

United dilapor cuba mendapatkan Mandzukic pada jendela perpindahan Januari nanti.
United dilapor cuba mendapatkan Mandzukic pada jendela perpindahan Januari nanti.
A
A
A

BEKAS pemain Manchester United, Paul Ince percaya krisis di bahagian serangan yang dihadapi Manchester United tidak akan selesai sekiranya membeli penyerang Juventus, Mario Mandzukic.

Menurutnya, Mandzukic bukan pemain tepat untuk membantu The Red Devils merobek gawang lawan sebaliknya Ince mahu bekas kelabnya itu mendapatkan penyerang muda pada jendela perpindahan Januari nanti.

"Saya tidak rasa Mandzukic adalah jawapan untuk masalah United. Saya yakin United tidak akan dapat pemain terbaik di bulan Januari kerana kebanyakan kelab tidak menjual pemain terbaiknya ketika itu. Jadi siapa pun yang akan datang tak akan memberikan impak yang besar.

"Bagi saya mereka harus mencari penyerang muda yang berkualiti. Bukan Zlatan Ibrahimovic atau Mandzukic.

"Ketika menghadapi AZ Alkmaar mereka tidak mencatatkan satu pun percubaan ke arah gawang. Malah, ketika menentang Newcastle United juga hanya tiga percubaan berjaya dihasilkan, itu sangat memalukan untuk United," katanya.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu memulakan musim ini dengan cukup mengecewakan apabila hanya berjaya memungut sembilan mata daripada sembilan perlawanan dan berada di kedudukan ke-12 liga.

Ketumpulan bahagian serangan dianggap menjadi faktor utama prestasi hambar United dan kelab itu dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat Mandzukic pada jendela perpindahan Januari nanti.

Penyerang kelahiran Croatia itu tidak menjadi pilihan buat pengendali Juventus, Maurizio Sarri yang lebih gemar menggunakan Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala di bahagian serangan.

Artikel Berkaitan: