SK Lintang ditutup akibat banjir teruk

Keadaan banjir yang sempat dirakam pagi tadi menunjukkan paras air naik hingga mencecah 1.5 meter.
Keadaan banjir yang sempat dirakam pagi tadi menunjukkan paras air naik hingga mencecah 1.5 meter.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang terpaksa ditutup hari ini selepas banjir melanda kawasan itu sejak jam 5 pagi.

Kejadian berlaku akibat limpahan air Sungai Pelus menyebabkan paras air naik sehingga 1.5 meter.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Safuan Haji Rabaai berkata, seramai 67 murid, 11 guru dan tiga kakitangan sokongan tidak dibenarkan hadir ke sekolah selepas kawasan dan laluan terjejas ditenggelami air.

"Ramai guru dan pekerja terkandas untuk hadir ke sekolah kerana beberapa jalan utama juga ditenggelami air.

"Keadaan arus air yang laju turut menyebabkan pintu pagar sekolah tercabut. Atas faktor itu kita buat keputusan sekolah ditutup pada hari ini," katanya.

Beliau berkata, kejadian banjir turut mengakibatkan sesi persekolahan di beberapa sekolah lain terkesan antaranya SK Jalong, SK Lasah dan SK Temin.

Kesan lumpur memenuhi kawasan pekarangan sekolah selepas banjir melanda kawasan SK Lintang, hari ini.
Kesan lumpur memenuhi kawasan pekarangan sekolah selepas banjir melanda kawasan SK Lintang, hari ini.

Katanya, sekolah-sekolah terbabit tidak terbabit dengan banjir, cuma ada guru dan staf sokongan tidak dapat hadir ke sekolah berikutan beberapa jalan yang ditutup.

Artikel Berkaitan:

"Daripada laporan awal kita terima, terdapat 35 guru dan staf sokongan di sekolah-sekolah itu melapor diri di sekolah lain iaitu di SK Kampung Maamor disebabkan tidak dapat hadir bertugas di sekolah masing-masing disebabkan banjir," katanya.

Tinjauan ke lokasi sekitar jam 2 petang tadi mendapati, paras air mulai surut, bagaimanapun kawasan sekolah dipenuhi kesan lumpur.

Selain laluan masuk sekolah, stor, kantin dan surau turut terkesan akibat banjir, paling terjejas teruk adalah pusat sumber yang masih bertakung air.

Ini adalah kejadian kedua sekolah berkenaan dinaiki air selepas banjir besar pada 2014 lalu.

Gotong-royong pembersihan sekolah berkenaan akan dilakukan esok.