Paras air Sungai Muda

A
A
A

Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) disyor membuat siasatan penuh berhubung punca sebenar di sebalik kejadian paras air Sungai Muda susut secara mendadak pada Sabtu lepas hingga menjejaskan 400,000 akaun pengguna di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata demikian dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke Rumah Pam Lahar Tiang yang diselia di bawah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini.

Beliau menyatakan bahawa sehingga 11.30 pagi tadi, PBAPP dalam laporannya mengesahkan bahawa operasi mengabstrak sumber air mentah di Rumah Pam Lahar Tiang di sini kembali pada keadaan asal mencapai kira-kira 83 peratus.