Budaya 'lost & found' di Jepun, hebat!

Kaunter Lost & Found telah menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut.
Kaunter Lost & Found telah menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut.
A
A
A

[DIKEMASKINI] PERNAHKAH anda berdepan situasi di mana anda tertinggal barang di pasar raya mahupun di dalam troli atau dalam kereta api dan di kedai makan.

Apa pun situasi anda, kebarangkalian untuk berjumpa semula barang itu agak mustahil dan jika bertemu dengan individu yang jujur, mungkin anda bernasib baik.

Namun jika anda tertinggal telefon bimbit dalam kereta api di negara Jepun, peluang untuk dijumpai semula adalah lebih 90 peratus.

Mungkin ada kata tidak logik, tetapi itu yang berlaku di negara matahari terbit itu, anda hanya perlu ke kaunter 'lost & found', Insya-ALLAH barang ada di sana.

Menerusi laporan The Vocket dan coretan dari Facebook Zunita Ramli, berdasarkan rekod, pada 2017, kaunter 'Lost & Found' menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut termasuk dompet, iPhone, cermin mata gelap dan sebagainya untuk wilayah Tokyo sahaja.

Kebiasaannya pada hari hujan, secara purata sebanyak 3,000 kaki payung tertinggal dijumpai dalam bandar Tokyo.

Ekoran itu kerajaan telah membina pusat penyimpanan barang tidak dituntut dengan keluasan 660 meter kaki persegi hanya untuk menyimpan payung sahaja.

Oleh disebabkan jumlah bilangan barangan tidak dituntut semakin hari semakin meningkat, pusat penyimpanan 'Lost & Found' terpaksa diubah suai menjadi bangunan enam tingkat hanya untuk menyimpan barang yang tidak dituntut.

Artikel Berkaitan:

Laporan The Japan Times, barangan seperti cermin mata, kunci, duit dan beberapa barang lagi sering ditemui oleh polis dan nilaian boleh mencecah jutaan ringgit setiap tahun.

Budaya di Jepun sangat bagus dan wajar jadikan contoh.

No Image Caption

Pelbagai kaedah atau langkah diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan barang tidak dituntut. Antara langkah;

1. Hubungi ahli keluarga atau tuan punya

Jika mereka mempunyai maklumat keluarga seperti di dalam dompet atau telefon yang tertinggal, pihak polis akan menghubungi keluarga atau tuan punya badan. Tetapi terdapat juga kes walaupun telah dihubungi, masih tidak dituntut. Ini menjadikan bilangan barang yang tidak dituntut semakin meningkat.

2. Jualan 'Tetsudou Wasuremono'

Jika setelah beberapa jangka masa yang lama dan barang masih lagi tidak dituntut, pihak 'Lost & Found' akan membuat jualan yang dipanggil ‘Tetsudou Wasuremono’ atau ‘barangan yang terlupa di dalam kereta api’. Barang-barang ini dilelong serendah ¥60 (RM2.32).

3. Jualan pukal

Jualan secara pukal juga lazim dilakukan bagi mengosongkan ruang simpanan dengan cepat. Biasanya, ianya dijual secara kotak besar. Tidak boleh dipilih barang di dalamnya, jika bernasib baik, mungkin barang bernilai tinggi dan sebaliknya.

Ada juga barang-barang ini dieksport ke negara luar dan dijual sebagai barang terpakai.

Sikap masyarakat Jepun amat jujur, walau sebatang pensel pun akan dipulangkan ke tempat 'Lost & Found'.