Ratusan tikus 'berpesta' di Shibuya

Tikus pelbagai saiz muncul di permukaan jalan di bandar Shibuya selepas Taufan Hagibis membadai kawasan tengah dan timur Jepun.
Tikus pelbagai saiz muncul di permukaan jalan di bandar Shibuya selepas Taufan Hagibis membadai kawasan tengah dan timur Jepun.
A
A
A

TOKYO - Shibuya mendapat jolokan bandar tikus selepas ratusan haiwan mamalia itu muncul di permukaan jalan ketika Taufan Hagibis membadai kawasan tengah dan timur Jepun semalam.

Rakaman kejadian itu tular dan menjadi perbualan hangat netizen selepas ia dimuat naik di laman Twitter.

Dalam rakaman itu, ratusan tikus naik ke permukaan dari lubang saluran pembetung ketika bandar berkenaan sepi tanpa penduduk ekoran arahan pihak berkuasa meminta orang ramai tidak keluar rumah.

Ia dirakam seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @okumura_0207 sekitar tengah malam, sejurus hujan lebat di bandar berkenaan berhenti.

Sehingga semalam, video berkenaan meraih lebih 1.66 juta tontonan. - Agensi

Artikel Berkaitan: