X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan PH mungkir janji lagi: Netizen

Paparan skrin komen-komen netizen berhubung pengumuman diskaun lebuh raya dalam Belanjawan 2020 semalam.
A
A

PENGUMUMAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun hadapan pada pembentangan Belanjawan 2020, semalam, mengundang kecaman warganet.

Meskipun berita itu dikatakan akan memberi penjimatan kepada pengguna lebuh raya sehingga RM1,130 juta, namun netizen tidak mengendahkannya.

Sebaliknya rata-rata komen menuntut janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan tol seperti dicanang dalam manifesto sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mohd Khairil Anuar Khalid menulis, "mungkir janji lagi... tak ada janji nak bagi diskaun tol, yang janji nak hapuskan tol... Memang sepenggal dah ni," katanya memenuhi ruang komen Facebook Sinar Harian.

Kenyataan Mohd Khairil juga disokong oleh Mohd Adzlie dengan memberitahu, rakyat tidak mahu diskaun tol tetapi mahukan pemansuhan tol.

Kameichu Lippu pula menyindir "minta maaf la ya... kan PM kami dah cakap manifesto bukan kitab suci... belanjawan ni pun belum tentu kami tunaikan... kami bentangkan je dulu."

Kata Mohd Adzlie pula, "kami tak nak diskaun tol. Kami nak tol dimansuhkan... mana janji kamu PH. Tipu."

Guan Eng semalam berkata, rakyat kini boleh menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun 2020.

Jelasnya, diskaun tol itu akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

Beliau berkata, jemaah menteri juga sedang menimbang kesemua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad.

Selain daripada diskaun tol, Guan Eng juga memberitahu, pengenalan cas kesesakan pada waktu puncak dan waktu biasa juga diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

Bukan itu sahaja, rakyat juga bakal menikmati kadar tol untuk kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang yang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2020: Diskaun tol 18 peratus


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!