Lelaki direman kes rompak, rogol remaja 15 tahun ketika joging

Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun seorang remaja perempuan berusia 15 semasa berjoging di Palekbang, Tumpat pada 17 Jun lalu.
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun seorang remaja perempuan berusia 15 semasa berjoging di Palekbang, Tumpat pada 17 Jun lalu.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan samun seorang remaja perempuan berusia 15 semasa berjoging di Palekbang di sini pada 17 Jun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 24 tahun bermula pada Rabu hiingga 14 Julai dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di mahkamah majistret di sini

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga menyebabkan kecederaan.

Terdahulu suspek yang merupakan mekanik memakai baju unggu tiba di pekarangan mahkamah untuk permohonan reman pada jam 10 pagi.

Terdahulu, seorang remaja berusia 15 tahun berdepan detik hitam apabila dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol oleh lelaki tidak dikenali ketika keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang di sini pada cuti Awal Muharram, Rabu.

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!