Mak nyah maut terjatuh dari kereta

Shamsul Amar Ramli
Shamsul Amar Ramli
A
A
A

KLANG - Seorang mak nyah maut selepas dipercayai terjatuh dari kenderaan dinaiki bersama seorang pelanggannya.

Dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 34, Bukit Tinggi 2, di sini, awal pagi semalam, mangsa berusia 39 tahun ini dikatakan telah mencuri telefon bimbit milik pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian itu dikatakan berlaku ketika lelaki berusia 55 tahun hendak melanggan mak nyah terbabit.

Menurutnya, namun lelaki itu membatalkan niatnya sebelum menyedari telefon bimbitnya hilang.

“Ketika dalam perjalanan menghantar pulang mak nyah tersebut menaiki kenderaan MPV jenis Toyota Harrier, suspek telah bertanyakan kepada mangsa berkenaan kehilangan telefon bimbit tersebut.

“Suspek bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa. Di pertengahan jalan, mangsa yang cuba melarikan diri dipercayai telah terjun daripada kenderaan hingga menyebabkan kecederaan parah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kira-kira jam 3.43 pagi, pihak hospital telah mengesahkan kematian mangsa.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami punca kematian mangsa disebabkan parah di kepala, tiada kesan pergelutan.

Artikel Berkaitan:

“Semakan lanjut mendapati, mangsa yang berasal dari Sandakan, Sabah memiliki tiga rekod dadah,” katanya.

Tambahnya, susulan itu hasil maklumat dan risikan, suspek berjaya ditahan dan telah direman tujuh hari sehingga Selasa depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.