Wanita maut, motosikal dirempuh kereta

Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuhsebuah kereta di kilometer 22.5 Melawi ke Kuala Besut, Tok Bali, Pasir Puteh pada Rabu.
Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuhsebuah kereta di kilometer 22.5 Melawi ke Kuala Besut, Tok Bali, Pasir Puteh pada Rabu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di kilometer 22.5 Melawi ke Kuala Besut, Tok Bali di sini pada Rabu.

Kejadian pada jam 6.30 petang itu telah menyebabkan mangsa, Nik Nasuha Nik Abdullah, 34, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA).

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan dari Melawi, Bachok ke Kuala Besut, Terengganu.

"Setiba di lokasi kejadian, lelaki tersebut cuba memotong kenderaan lain yang berada di hadapannya.

"Semasa memotong berlaku pelanggaran dengan motosikal ditunggani mangsa di laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi talian 019-9386224.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.