Panda gergasi mati kerana serangan jantung

Laporan autopsi mendapati Chuang Chuang mengalami kegagalan jantung kronik akibat serangan akut yang mengakibatkan kekurangan oksigen. FOTO: AFP
Laporan autopsi mendapati Chuang Chuang mengalami kegagalan jantung kronik akibat serangan akut yang mengakibatkan kekurangan oksigen. FOTO: AFP
A
A
A

BEIJING - Panda gergasi yang mati mengejut di Thailand dan mencetuskan kemarahan di China pada bulan lalu disahkan berpunca daripada serangan jantung.

Perkara itu diumumkan berdasarkan laporan pakar yang dihantar Beijing ke Bangkok susulan kematian Chuang Chuang berusia 19 tahun di Zoo Chiang Mai pada 16 September lalu.

Haiwan tersebut diletakkan dalam kurungan berhawa dingin bersama pasangannya, Lin Hui.

Pasangan panda gergasi itu dipinjamkan oleh bandar Chengdu sebagai sebahagian daripada 'diplomasi panda' dan sepatutnya dipulangkan semula padas tahun 2023.

Ia turut menjadi topik trending di platform media sosial popular di China, Weibo yang mana ramai pengguna membincangkan tentang 'keadaan mencurigakan' berhubung kematiannya.

Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput China memaklumkan keputusan autopsi yang dilakukan kumpulan pakar Thailand dan China itu membuat kesimpulan bahawa tiada tanda trauma pada badan panda tersebut dan tiada tanda asing pada trakea haiwan terbabit.

"Kematiannya berpunca daripada 'kegagalan jantung kronik akibat serangan akut' yang mengakibatkan kekurangan oksigen.

Sementara itu, Pengarah Zoo Chiang Mai, Wutthichai Muangmun berkata, Chuang Chuang melakukan aktiviti kegemarannya memakan buluh sebelum kematiannya. - AFP

Artikel Berkaitan: