Hujan, ribut petir di Selangor hingga Ahad ini

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan dan ribut petir berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga 13 Oktober (Ahad) ini.

Berdasarkan kenyataan di laman sesawang Jabatan Metereologi Malaysia, antara kawasan yang dilaporkan terlibat adalah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Manakala kawasan lain melibatkan Sabak Bernam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Kebanyakan daerah terbabit diramal akan mengalami hujan pada sebelah petang manakala pada sebelah pagi pula diramal cuaca panas.

Artikel Berkaitan: