LTDL 2020 peroleh status siri profesional

Penganjuran perlumbaan LTdl 2020 bakal melibatkan laluan di Sabah dan Sarawak. Gambar kecil: Abu Samah Wahab
Penganjuran perlumbaan LTdl 2020 bakal melibatkan laluan di Sabah dan Sarawak. Gambar kecil: Abu Samah Wahab
A
A
A

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menerima khabar gembira apabila perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour De Langkawi (LTDL) mendapat status baharu iaitu siri profesional bagi edisi 2020.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab berkata, pihaknya menerima surat daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam mengenai status baharu itu selepas PKBM mengadakan beberapa siri perbincangan dengan badan dunia itu.

"UCI memperkenalkan kategori baru ini bagi kalendar perlumbaan jelajah berbasikal 2020 dengan memperkenalkan siri profesional bagi menggantikan status Hors Class (HC).

Sebelum ini, perlumbaan ikonik negara itu kehilangan status 2.0 HC kerana tiada penyertaan pasukan pro tour dunia di bawah UCI serta kurang mendapat liputan media antarabangsa pada edisi tahun ini.

“Kita dapat surat daripada UCI yang mengatakan bahawa mereka mempertimbangkan LTDL untuk dinaik taraf kepada Pro Series (Siri Profesional). Ini bermakna kita tidak diturunkan status,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk LTDL 2020 di ibu pejabat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya hari ini.

Abu Samah menjelaskan, status siri profesional adalah lebih tinggi daripada kelas Hors sebelum ini dan pihak penganjur perlu sedar keperluan dan komitmen yang harus diberikan untuk menjayakan LTDL 2020.

“Bagaimanapun, pihak penganjur menyatakan kesediaan untuk memenuhi komitmen yang disenaraikan UCI untuk penganjuran tahun depan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan perlumbaan edisi ke-25 tahun depan dipanjangkan dari lapan kepada 10 peringkat merangkumi laluan di Sabah dan Sarawak.

Artikel Berkaitan:

Menurut Abu Samah, LTDL 2020 yang dijadual dari 6 hingga 15 Februari itu bakal menyaksikan Terengganu sebagai permulaan bagi peringkat di Semenanjung Malaysia dan tamat di Pulau Langkawi selain mengekalkan Genting Highlands sebagai peringkat pendakian.

“Kita sudah dapat restu KBS untuk mengadakan perlumbaan 10 peringkat dan kita juga sudah mohon kepada UCI,” katanya.