Agong berangkat ke Munaqasyah Agama di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong (kiri) berkenan bersalaman bersama Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada Munaqasyah Bil 2/2019 Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong (kiri) berkenan bersalaman bersama Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada Munaqasyah Bil 2/2019 Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Majlis Munaqasyah yang berlangsung hampir tiga jam itu bertujuan membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka dan memantapkan agensi-agensi agama di setiap negeri berkenaan.

Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka adalah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan.

Munaqasyah itu disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan semua pengerusi, Yang Dipertua Majlis Agama Islam, mufti, ketua hakim syarie serta pengarah Jabatan Agama Islam dari setiap negeri naungan Seri Paduka.

Munaqasyah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah ini adalah edisi kedua pada tahun ini selepas julung kali diadakan pada 20 Jun lepas.

Antara kertas kerja dan taklimat yang disembahkan kepada Seri Paduka adalah isu upacara berdoa secara beramai-ramai mengikut agama dalam sesuatu program, program MyInsanniah, peranan Institut Pengajian Tinggi Awam dalam eko-sistem halal negara dan isu lain berkaitan hal ehwal Islam.

Rumusan pembentangan itu akan dipanjangkan dalam bentuk laporan oleh Seri Paduka untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang dijadual berlangsung 30 dan 31 Oktober ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: