Mangsa banjir di Baling meningkat

Shamsul Izrin mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas. - Foto JKM
Shamsul Izrin mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas. - Foto JKM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Jumlah mangsa banjir di Baling meningkat kepada 101 mangsa melibatkan 43 keluarga yang dipindahkan sehingga jam 7 pagi tadi.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, kesemua mangsa ditempatkan ke empat pusat pemindahan iaitu di Dewan Keda Batu 8, Surau Sri Ketengga, Dewan Tun Razak dan Kompleks Sukan Batu 42.

Menurutnya, di Dewan Keda Batu 8 melibatkan 16 mangsa dari 10 keluarga, di Surau Sri Ketengga (15 mangsa dari lima keluarga), Dewan Tun Razak (57 mangsa dari 23 keluarga) dan Kompleks Sukan Batu 42 menempatkan 13 mangsa dari lima keluarga.

Pusat pemindahan di Dewan Tun Razak, Baling menempatkan 57 mangsa. - Foto JKM
Pusat pemindahan di Dewan Tun Razak, Baling menempatkan 57 mangsa. - Foto JKM

"Kita turut menyampaikan bantuan berupa selimut, kain batik, kain pelekat, tuala, kit kesihatan, baju-T dan selimut tebal kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata, hujan lebat serta angin bermula jam 6 petang dua hari berturut-turut menyebabkan air naik sehingga satu meter menenggelamkan kawasan rendah terutama berdekatan tepi sungai.

"Orang ramai dinasihatkan mengutamakan keselamatan terutama di kawasan terjejas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Baling: 38 mangsa dipindah

Artikel Berkaitan: