Dua nelayan Palestin cedera di perairan Gaza

Nelayan Palestin di Gaza sering berdepan tindakan keras tentera laut Israel.
Nelayan Palestin di Gaza sering berdepan tindakan keras tentera laut Israel.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya dua nelayan Palestin dilaporkan cedera selepas tentera Israel menembak sebuah bot di perairan Gaza dalam kejadian awal pagi semalam.

Jawatankuasa Nelayan Gaza berkata, tentera Zionis melepaskan tembakan di luar pantai bandar Deir al-Balah berhampiran sempadan maritim dengan Israel.

"Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Kecederaan dialami mereka bagaimanapun tidak mengancam nyawa," menurut jawatankuasa itu.

Tentera laut Israel kerap menembak bot penduduk Palestin yang didakwa melanggar had zon tangkapan ikan di Semenanjung Gaza.

Menurut Perjanjian Oslo pada 1990-an, nelayan sepatutnya dibenarkan menangkap ikan sehingga 20 batu nautika dari pantai.

Pekerjaan menangkap ikan merupakan salah satu industri terbesar di Semenanjung Gaza, sebuah kawasan pesisir pantai yang didiami oleh hampir dua juta penduduk. - Agensi

Artikel Berkaitan: