Banjir di Baling: 38 mangsa dipindah

Hujan lebat lebih tiga jam menenggelamkan rumah penduduk terutama yang berdekatan tepi sungai. - Foto APM
Hujan lebat lebih tiga jam menenggelamkan rumah penduduk terutama yang berdekatan tepi sungai. - Foto APM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seramai 38 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan setakat jam 12 tengah hari tadi ke dua pusat pemindahan banjir di daerah Baling sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara pusat pemindahan dibuka ialah di Kampung Seri Ketengga dan Kampung Batu 8, Mukim Siong.

Menurutnya, air mulai naik selepas hujan tanpa henti selama lebih tiga jam bermula 4 petang semalam mengakibatkan paras air sungai melimpah dan menenggelamkan beberapa kawasan rendah terutama kediaman berdekatan tepi sungai.

"Sehingga jam 12 tengah hari, masih terdapat 22 mangsa dari lapan keluarga dipindahkan ke Surau Kampung Seri Ketengga manakala 16 mangsa dari sembilan keluarga dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Batu 8," katanya.

Anggota APM melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Baling. - Foto APM
Anggota APM melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Baling. - Foto APM

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan mengutamakan keselamatan diri selain memastikan dokumen penting diletakkan di tempat selamat.

Penduduk juga diminta akur jika diarahkan berpindah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) di talian 04-4701546 atau Bilik Gerakan APM di nombor 04-4701626.

Antara agensi lain terlibat termasuk anggota bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Pejabat Mukim dan Pejabat Parlimen Baling.