PKR Sabah terkejut spekulasi Salleh Keruak sertai PKR

Salleh
Salleh
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak didakwa menyertai Parti Keadilan Keadilan (PKR) tanpa pengetahuan atau persetujuan kepimpinan parti itu di Sabah.

Ketua PKR Cabang Semporna, Mohd Amin Abdul Mem berkata, penyertaan bekas menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) itu amat mengejutkan dan pemimpin parti negeri lain setelah beliau kini menjadi ahli PKR Cabang Kota Belud.

Menurutnya, sewajarnya pimpinan utama negeri dan cabang terlibat dimaklumkan tentang kemasukan ini dan dapatkan pandangan supaya hasrat memartabatkan tuntutan kuasa autonomi negeri diberikan kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah terus mekar dan diperkasa.

"Ianya tidak wajar dan bertentangan dengan polisi serta prinsip dipertahankan oleh parti khususnya era selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

"Pimpinan parti sepatutnya tegas dan penuh berhati-hati dengan kemasukan bekas pimpinan UMNO terutama keluar beramai-ramai pada bulan Disember 2018," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Amin berkata, PKR Sabah tetap tidak menerima beberapa pimpinan pembangkang berpindah-randah ke parti komponen kerajaan atas prinsip memelihara integriti kepimpinan parti dan menghormati keputusan rakyat pada PRU14 lalu.

Menurutnya, PKR memerlukan pemimpin dan pejuang-pejuang benar-benar memahami idealisme perjuangan reformasi membela rakyat, memerangi rasuah, melawan ketidakadilan dan menjunjung muafakat masyarakat.

"Sebaliknya PKR tidak perlu pejuang kesiangan yang hanya memikirkan kepentingan dan survival politik sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya yakin kepimpinan utama parti akan terus kekal mempertahankan agenda perjuangan reformasi menjangkau 20 tahun dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal memimpin kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan menjelang tahun hadapan.