'Waytha Moorthy perlu minta maaf'

A
A
A

KAJANG - Pemuda Umno Bangi menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy menarik balik segala kenyataan yang didakwa menfitnah negara dan memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan beliau dalam video yang tular baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Bangi, Ahmad Yani Ahmad Aziz berkata, tindakan Waytha Moorthy didakwa memburukkan tanahair kepada negara luar dengan menyebarkan kenyataan palsu.

"Ia menggambarkan seolah-olah Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik dan melakukan penindasan teruk kepada kaum dan penganut agama lain," katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini, malam tadi.

Sebanyak empat laporan polis dibuat ke atas Waytha Moorthy, turut hadir Exco Pemuda Umno Afif Farhi Othman.

Ahmad Yani berkata, sepatutnya pemimpin itu mempromosikan perpaduan kaum, namun beliau dilihat lebih cenderung untuk membangkitkan isu-yang mampu mencetus kemarahan rakyat.

"Kita juga mendesak agar beliau dikenakan tuduhan mengikut akta-akta tertentu yang bersesuaian yang telah termaktub, jika beliau masih berdegil dan enggan meminta maaf secara terbuka," katanya.

Artikel Berkaitan: