Pahang - Singapura kukuhkan hubungan dua hala

Pertemuan berlaku selepas Menteri Besar Pahang itu usai mesyuarat MMKN Pahang. - Foto FB Wan Rosdy
Pertemuan berlaku selepas Menteri Besar Pahang itu usai mesyuarat MMKN Pahang. - Foto FB Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Pengukuhan hubungan Pahang dan Singapura antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan ke negeri ini semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kunjungan tersebut susulan termerainya Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dengan syarikat Singapura di Pahang Investment Forum 2019 (PIF 2019) Ogos lalu.

Wan Rosdy menerima kunjungan tersebut selepas selesai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Pahang.

Pertemuan kedua setelah Wan Rosdy (kiri) mengetuai delegasi Pahang menghadiri seminar pelaburan di Singapura.- Foto FB Wan Rosdy
Pertemuan kedua setelah Wan Rosdy (kiri) mengetuai delegasi Pahang menghadiri seminar pelaburan di Singapura.- Foto FB Wan Rosdy

"Pelbagai perkara sempat kami bincangkan antaranya pengukuhan hubungan Pahang - Singapura (susulan MOU tersebut)," katanya yang turut membuat perkongsian menerusi Facebook peribadi beliau.

Dr Vivian berada di negeri ini sempena lawatan ke tiga negeri termasuk Negeri Sembilan dan Terengganu yang bermula Selasa lalu.

Wan Rosdy pernah mengetuai delegasi perdagangan kerajaan Pahang serta penganjuran Seminar Pelaburan Pahang di Singapura.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua pemimpin itu turut menghadiri majlis makan tengah hari bersama Pengerusi Jumaah Pemangku Raja, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj di Rumah Negeri.