Raja Muda Perlis ziarah makam Sultan Ismail Petra

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi makam ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Ismail Petra petang semalam.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi makam ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Ismail Petra petang semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menziarahi makam ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Almarhum Sultan Ismail Petra petang semalam.

Baginda yang berangkat tiba di Makam Diraja Langgar tepat jam 5 petang ditemani Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Datuk Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz serta pembesar negeri.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra serta kerabat Diraja Negeri Kelantan yang lain.

Bacaan doa dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Bonda Tuanku Syed Faizuddin Putra iaitu Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid ialah saudara sepupu kepada Almarhum Sultan Ismail Petra.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada jam 8.11 pagi Sabtu lalu.

Seluruh rakyat negeri Kelantan kini berkabung selama 40 hari.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra mangkat