X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan negeri sedia bincang isu Felcra Bukit Tandak

Mat Inun
A
A

RANTAU PANJANG - Kira-kira 348 peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini menarik nafas lega apabila kerajaan negeri sedia bersemuka bagi membincangkan isu penebangan pokok getah di kawasan berkenaan yang bermula semalam.

Wakil peserta, Mat Inun Jusoh, 60, berkata, pertemuan itu membabitkan mereka yang terlibat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Mohamed Awang.

"Dalam pertemuan itu nanti, kami akan berdialog dengan ADUN Gual Periok bagi merungkai segala masalah yang timbul ini.

"Kami juga amat berharap agak pihak kerajaan negeri dapat memberikan maklum balas secara hitam putih berhubung isu yang berbangkit itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, peserta turut gembira selepas pihak kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penebangan turut memberhentikan kerja tersebut sementara waktu.

Katanya, peserta merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak kontraktor.

Sinar Harian melaporkan peserta rancangan pemulihan tanah Felcra Bukit Tandak dekat sini mendakwa hilang punca pendapatan apabila tanaman getah seluas 689 hektar yang menjadi sumber rezeki utama ditebang oleh kerajaan negeri.

Lebih memeritkan lagi, peserta mendakwa pokok getah yang diusahakan sejak 40 tahun itu ditebang ketika pertikaian berkaitan isu tersebut masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok getah seluas 689 hektar ditebang


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!