ERC cadang SPR urus pendaftaran parti politik

Abdul Rashid pada sidang media selepas Program Libat Urus Terbuka ERC Bersama Parti Politik di sini hari ini.
Abdul Rashid pada sidang media selepas Program Libat Urus Terbuka ERC Bersama Parti Politik di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) sekali lagi mengulangi cadangan agar pendaftaran parti politik diletakkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, cadangan itu diterima semua pihak yang menghadiri Program Libat Urus Terbuka ERC Bersama Parti Politik di sini hari ini.

“Tadi pun cadangan ini diterima semua pihak. SPR akan diberi kuasa untuk mendaftarkan parti politik.

“Kita cadangkan sebab Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di bawah kawalan kerajaan di bawah kawalan parti pemerintah.

“Kita nak satu badan bebas. Jadi cadangannya supaya SPR bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas program berkenaan di sini hari ini.

Menurutnya, ERC akan membawa cadangan itu kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

“Bila cadangan diterima kita keluarkan peraturan keluarkan dari RoS dan masukkan tanggungjawab itu di bawah SPR,” katanya.

Abdul Rashid berkata, meskipun ERC mempunyai masa sehingga Ogos tahun depan untuk menyiapkan laporan namun pihaknya sudah menyiapkan laporan sementara yang akan dibentangkan pada Disember nanti.

Artikel Berkaitan:

“Hujung tahun ini laporan sementara disiapkan tapi kita ada masa sehingga bulan Julai ke bulan Ogos. Tapi kita dah siapkan laporan awal.

“Kita boleh tahu dah apa yang kita boleh cadangkan, yang lain itu tinggal penelitian.

Cadangan ini memang ada atas meja saya dah, tengah menulis sekarang ini,” katanya.