Gaji lebih RM4,000 tapi isi rumah ramai boleh mohon air percuma

Amirudin (enam dari kiri) merakamkan gambar bersama peserta selepas Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri Shah Alam hari ini.
Amirudin (enam dari kiri) merakamkan gambar bersama peserta selepas Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri Shah Alam hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai yang berpendapatan melebihi RM4,000 boleh membuat permohonan Skim Pemberian Air Percuma Selangor sekiranya mempunyai jumlah isi rumah yang ramai.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihak berkenaan boleh membuat permohonan melalui borang yang akan disediakan bersama lampiran bukti-bukti berkaitan bagi menyatakan jumlah isi rumah di sesebuah kediaman.

Selain itu beliau berkata, penyewa rumah juga boleh mendaftarkan akaun mereka secara terus bagi mendapatkan inisiatif bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini.

"Kalau sebelum ini pemilik rumah mendapat manfaat namun kali ini penyewa yang akan memperoleh kelebihan daripada aset-aset kita berikan. Namun perkara itu kita akan lihat dan kemukakan balik.

"Sebenarnya daripada kajian kita, dengan tangga gaji RM4,000 65 peratus daripada penerima sedia ada tetap menerima inisiatif air percuma ini," katanya selepas Konvensyen Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Sebelum ini Amirudin dalam satu kenyataan memaklumkan hanya penduduk berpendapatan RM4,000 ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma Selangor bermula 1 Mac depan.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, pemberian air percuma buat golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah itu bakal dilaksanakan bagi membolehkan inisiatif berkenaan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Sebab itu pelaksanaan ini diketengahkan dalam penjajaran ini. Kerajaan Selangor melihat formula RM4,000 ke bawah adalah terbaik walaupun pada asasnya kita nak beri 25 meter padu kepada mereka yang berpendapatan RM2,000 ke bawah.

Artikel Berkaitan:

"Tapi kita naikkan kepada RM4,000 untuk membantu golongan B40 di Selangor ini," katanya.