Pejabat DUN jalin kerjasama dengan majikan, bantu pencari kerja

Chean Chung dan Saifulzaman bersama sebahagian pencari kerja yang hadir mendaftar pada program pendaftaran permohonan kerja terbuka di Pusat Komuniti Keadilan DUN Beserah bagi mengisi kekosongan kerja di sebuah kilang di Gebeng, di sini kelmarin.
Chean Chung dan Saifulzaman bersama sebahagian pencari kerja yang hadir mendaftar pada program pendaftaran permohonan kerja terbuka di Pusat Komuniti Keadilan DUN Beserah bagi mengisi kekosongan kerja di sebuah kilang di Gebeng, di sini kelmarin.
A
A
A

KUANTAN - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu bekerjasama dengan pihak majikan dan agensi berkaitan dalam usaha menangani pengangguran khususnya dalam kalangan generasi muda.

ADUN Semambu, Lee Chean Chun berkata, inisiatif pihaknya itu sekurang-kurangnya dapat membantu pencari kerja mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian, manakala majikan pula mempunyai calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat masing-masing.

Menurutnya, pihaknya turut menggerakkan program ke arah membina kerjaya untuk memastikan usaha tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat.

“Pejabat ADUN Semambu melalui Program Jom Bina Kerja misalnya, sentiasa mengemas kini maklumat majikan dan pencari kerja supaya peluang kerja yang ada dapat dipadan dengan calon pekerja yang sesuai.

“Kami mempunyai senarai emel majikan dan pencari kerja yang berdaftar melalui program ini selain mewujudkan kumpulan WhatsApp untuk saluran komunikasi dan menyalurkan maklumat berkaitan peluang-peluang pekerjaan yang ada," katanya.

Chean Chung berkata, pihaknya juga menggunakan saluran Pusat Komuniti Keadilan DUN Berserah untuk mengumpul maklumat pencari kerja dan mengatur program termasuk membuka kaunter pendaftaran dengan kerjasama mana-mana majikan yang memerlukan pekerja.

“Pada 25 September lalu, Pusat Komuniti Keadilan DUN Berserah berjaya Pusat Komuniti Keadilan DUN Beserah julung kalinya mengadakan program pendaftaran permohonan kerja terbuka bagi mengisi kekosongan di kilang Recycle Univeral Power Resources, Gebeng di sini.

“Pada program tersebut, lebih 500 pencari kerja tampil mendaftar dan ia satu perkembangan yang amat memberangsangkan sekali gus menunjukkan ramai lagi yang memerlukan pekerjaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penyelaras Pusat Komuniti Keadilan DUN Berserah, Saifulzaman Mahmood berkata, pendaftaran terbuka bagi memenuhi jawatan kosong di kilang berkenaan merupakan komitmen kami membantu rakyat terutama anak muda yang masih mencari pekerjaan.

Menurutnya, Pusat Komuniti Keadilan DUN Beserah merintis jalan membuka peluang dan ruang kepada golongan belia untuk mencari pekerjaan.

“Rakyat perlu diberikan peluang bukan dinafikan hak oleh pihak majikan dengan mengambil warga asing sebagai pekerja, justeru setiap peluang kerja yang ada, majikan sewajarnya memberi keutamaan kepada rakyat khususnya penduduk tempatan.

“Sambutan amat menggalakkan daripada jangkaan hanya 300 atau 400 yang hadir mendaftar, jumlah sebenar yang datang lebih jauh dari itu," katanya.