STL 2019: PDRM Defenders teruskan momentum kemenangan

Antara aksi menarik dipamerkan pemain PDRM Defenders dan Sabah Mountaineers hari kedua minggu keempat saingan STL 2019 di Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini. - Foto Facebook SepakTakraw League

A
A
A

PDRM Defenders meneruskan rentak kemenangan hari kedua minggu keempat saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2019 biarpun dipaksa bekerja keras sebelum menjinakkan Sabah Mountaineers, 21-15, 21-19 di Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang, hari ini.

Jurulatih PDRM Defenders, Mohd Khalid Alias mengakui berpuas hati dengan peningkatan prestasi para pemainnya berbanding ketika menjinakkan Terengganu Turtles pada aksi tiga set semalam.

Menurutnya, kemenangan itu secara tidak langsung menyuntik semangat pasukan untuk bertemu Penang Black Panthers malam esok.

“Untuk hari ini, saya berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain berbanding semalam dan sememangnya kita menyasarkan untuk menang straight set hari ini. Kemungkinan kita akan kekalkan pemain esok, bergantung kepada kesihatan pemain,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: