Arab Saudi lulus garis panduan kesopanan awam

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RIYADH - Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz Saud meluluskan peraturan baharu berkaitan kesopanan awam dan mengenal pasti 19 kesalahan yang boleh dihukum denda.

Keputusan dibuat selepas kerajaan Saudi mengeluarkan visa pelancongan kepada hampir 50 negara untuk pertama kalinya, semalam.

Peraturan baharu itu akan membantu memastikan pelancong mengetahui undang-undang yang melibatkan tingkah laku dan seterusnya mematuhi undang-undang negara berkenaan.

Antara peraturan yang diluluskan termasuk mengkehendaki lelaki dan wanita berpakaian sederhana selain menjaga batas pergaulan antara dua jantina itu.

Bagi melaksanakannya, polis Saudi akan menjadi pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab untuk memantau kesalahan dan mengenakan denda.

Bagaimanapun pesalah boleh mengemukakan ketidakpuasan hati di hadapan Jabatan Hakim Awam dan merayu sebarang denda.

Kerajaan Saudi turut menggalakkan pelancong untuk membiasakan diri dengan Undang-undang Kesopanan Awam bagi mengelakkan didenda dan berbesar hati untuk menerima kedatangan orang ramai dari seluruh dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: