5 cedera dalam insiden tunjuk perasaan di Colombia

Pelajar di Bogota telah mengadakan tunjuk perasaan menentang dakwaan rasuah terhadap kerajaan Presiden Ivan Duque sejak Isnin, menurut Colombian News.
Pelajar di Bogota telah mengadakan tunjuk perasaan menentang dakwaan rasuah terhadap kerajaan Presiden Ivan Duque sejak Isnin, menurut Colombian News.
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya lima orang cedera dalam insiden tunjuk perasaan di ibu kota Colombia apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis pada kelmarin, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan media tempatan.

Pelajar di Bogota telah mengadakan tunjuk perasaan menentang dakwaan rasuah terhadap kerajaan Presiden Ivan Duque sejak Isnin, menurut Colombian News.

Situasi menjadi tidak terkawal pada hari ketiga dengan lebih banyak penyertaan pelajar dari beberapa kolej.

Polis terpaksa campur tangan apabila tunjuk perasaan itu bertukar menjadi rusuhan.

Pertempuran antara polis dan pelajar adalah insiden kedua tahun ini dan yang ketiga sejak Duque memegang jawatan tahun lepas.

Kerajaan Colombia mengumumkan bahawa peguam negara akan mempercepat siasatan bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab menghasut keganasan dan mengganggu ketenteraman awam. - Bernama

Artikel Berkaitan: