Rugi RM10,700 ditipu 'kawan lama'

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang pengurus pemasaran rugi RM10,700 dipercayai ditipu ahli sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai kawan lamanya pada jam 11 pagi Rabu lalu.

Mangsa lelaki berusia 54 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan mangsa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, mangsa dan suspek kemudiannya meneruskan perbualan dan suspek mengadu mempunyai masalah kewangan.

"Setelah mangsa mendengar suara suspek, dia meneka sama ada panggilan itu dari rakannya bernama Ah Kuang. Suspek mengaku lalu meneruskan perbualan dan mengadu mengalami masalah kewangan selain memerlukan wang.

"Mangsa memasukkan wang sebanyak RM8,700 ke akaun di atas seorang individu. Selepas itu suspek menghubungi mangsa sekali lagi dan meminta memasukkan wang sejumlah RM26,000 namun mangsa memberitahu dia tiada wang sebanyak itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnys, mangsa yang bersimpati dengan 'rakan lamanya' itu sekali lagi memasukkan RM2,000 ke akaun yang sama.

"Pada sebelah malam hari yang sama mangsa berjumpa dengan rakannya yang bernama Ah Kuang dan bertanya mengenai masalah kewangan yang kononnya dihadapi rakannya itu.

"Rakannya terkejut dengan pertanyaan itu dan memberitahu dia tidak menghubungi mangsa untuk meminjam wang. Mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ditipu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anbalagan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.