'Personaliti media sosial cantik tapi pengotor'

(GAMBAR KIRI) Li sering memaparkan gaya hidup yang mewah kepada para pengikutnya.
(GAMBAR KANAN) Hakikat sebenar rumah gadis itu yang sangat kotor. -FOTO: AGENSI
(GAMBAR KIRI) Li sering memaparkan gaya hidup yang mewah kepada para pengikutnya. (GAMBAR KANAN) Hakikat sebenar rumah gadis itu yang sangat kotor. -FOTO: AGENSI
A
A
A

BEIJING - Seorang personaliti media sosial berpengaruh di China yang sering memaparkan imej glamor dan 'classy' menerusi blog sebenarnya bukan seperti yang disangka para pengikutnya.

Lisa Li yang mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di saluran Sina Weibo sering berkongsi percutian mewah dan restoran mahal yang kononnya sebahagian daripada gaya hidupnya.

Hakikatnya, gadis cantik itu tinggal di sebuah apartmen kotor yang dipenuhi sampah-sarap, makanan basi dan najis anjing di Xian, utara Beijing.

Perkara itu terbongkar selepas pemilik rumahnya dikenali sebagai Chen melawat kediamannya dan berkongsi rakaman video memaparkan keadaan rumah itu secara atas talian.

Video kehidupan sebenar Li akhirnya menjadi tular dan ramai pengikutnya berang hingga mereka enggan lagi menonton kandungan yang dikongsi menerusi blog gadis itu.

Menurut Chen, tukang cuci profesional juga tidak sanggup untuk membersihkan rumah tersebut dan Li turut berhutang ribuan Yuan untuk bil utiliti.

"Saya terpaksa membuat pendedahan ini selepas Li hilangkan diri dan tinggalkan apartmen dalam keadaan sangat kotor. Dia juga tidak menghiraukan panggilan telefon dan mesej yang dihantar oleh saya," ujarnya.

Menerusi temubual bersama Pear Video, pemilik rumah tersebut memberitahu dia seakan tidak percaya 'gadis cantik' tersebut boleh tinggal dalam keadaan menjijikkan seperti itu.

Artikel Berkaitan:

Sejak menerima kecaman orang ramai, Li telah memohon maaf kepada Chen dan berjanji untuk membersihkan apartmen tersebut.

Rakaman video tersebut turut menerima pelbagai reaksi lebih 60,000 pengguna media sosial dan menggelar gadis itu sebagai 'fake'. - Agensi