Love Scam: Enam warga Nigeria didakwa

Enam lelaki warga Nigeria dibawa oleh anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan penipuan terhadap 13 mangsa tempatan hari ini.
Enam lelaki warga Nigeria dibawa oleh anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan penipuan terhadap 13 mangsa tempatan hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Enam lelaki warga Nigeria yang dipercayai memperdaya wanita dan lelaki tempatan dengan menjanjikan hadiah berharga menerusi laman sosial Facebook dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM1.4 juta.

Mengikut kertas pertuduhan keenam-enam tertuduh dikenali sebagai Madukasi James James, Madukasi Daniel James, Madukasi Jonathan John, Mmoya Ifiejika S, Kennedy Ifechukwu, Okonkwu Tochukwu John berusia antara 25 hingga 30 tahun melakukan penipuan terhadap 13 mangsa sejak April 2014 hingga Jun 2019.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Hafizah Zahidah Abdullah di hadapan hakim, Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Berdasarkan fakta kes, keenam-enam tertuduh memperdaya setiap mangsa untuk menyerahkan sejumlah wang di Pangsapuri Vista Lavendar,Puchong Selangor di sini sejak enam tahun lalu.

Seorang jurutera wanita berusia 35 tahun merupakan antara mangsa yang diperdaya dengan menyerahkan RM696,500 kepada tertuduh.

Turut menjadi mangsa penipuan sindiket penipuan cinta siber (Love Scam) itu termasuk pelajar, buruh serta suri rumah yang berusia antara 18 hingga 62 tahun.

Pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris ekoran keenam-enam tertuduh tidak faham bahasa Melayu.

Bagaimanapun keenam-enam tertuduh yang mengangguk tanda faham mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Artikel Berkaitan:

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam dipercayai tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah tidak ditawarkan jaminan ekoran risiko melarikan diri.

Mohammed Mokhzani menetapkan sebutan semula kes pada 24 Oktober ini.